- JBS Sarawak
- Hits: 39
Belia Miri Dijemput Ke Program Khusus Untuk Belia Anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Zon Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 39
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 11 OGOS 2026 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Zon Sarawak yang diketuai oleh Pegawai Penerangan Parlimen Miri, En. Edmond anak Michil, semalam.
Kunjungan hormat tersebut adalah untuk menerangkan Program Nadi Aspirasi Nasional Bersama Anak Muda (NANBA) iaitu program berteraskan nilai MADANI yang menyasarkan golongan belia bagi memupuk kepimpinan serta kemahiran komunikasi berkesan yang akan dilaksanakan di IKBN Miri pada bulan September.
Belia Miri khususnya NGO belia dijemput untuk turut serta dalam program tersebut yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik hasil kerjasama pelbagai agensi kelak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
