KURSUS REFRESHER PERAKAUNAN TERIMAAN/IPAYMENT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)

KURSUS REFRESHER PERAKAUNAN TERIMAAN/IPAYMENT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)

Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak 

BETONG, 26 Ogos 2026 - Bahagian Akaun (BA) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Kursus Refresher Perakaunan Terimaan/iPayment kepada pegawai daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pejabat Pemungut (PP) KBS pada 20 hingga 22 Ogos 2026 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur. 

Penganjuran kursus ini bertujuan memantapkan pematuhan pegawai terhadap tatacara kewangan yang sedang berkuat kuasa, di samping mengurangkan risiko ketidakpatuhan dalam pengurusan terimaan di peringkat PTJ dan PP.

Kursus berkenaan telah disampaikan oleh Puan Nor Salmi binti Azmi dan Encik Zulkiffli bin Musa daripada Cawangan Perundingan dan Pemantauan, KBS. Antara pengisian utama kursus adalah penekanan terhadap SPANM 4/2024 iaitu Tatacara Pengurusan Penetapan Kuasa dan Tugas Pegawai Pengawal Kepada Pegawai Perakaunan Di Bawah Kawalan (AP11). Selain itu, kursus ini turut memberikan pendedahan dan pengetahuan berkaitan aspek pengurusan dan perakaunan terimaan termasuk pelaksanaan terimaan secara tanpa tunai melalui sistem iPayment. 

Majlis penutup disempurnakan oleh Puan Siti Aishah binti Abdul Kadir, Ketua Akauntan Bahagian Akaun, Kementerian Belia dan Sukan. Kursus selama tiga hari ini mencerminkan komitmen BA KBS dalam memperkasa kompetensi warga kerja serta memastikan tadbir urus kewangan yang cekap, telus dan berintegriti terus diperkukuh dari semasa ke semasa. Turut hadir dalam kursus tersebut ialah Cik Azira binti A.Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. 

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNKomited

#MalaysiaMadani

#jbssarawak

#pbsbetong

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search