- JBS Sarawak
- Hits: 32
Program Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Sarawak 2026 - Sesi Intervensi 18
- JBS Sarawak
- Hits: 32
Disediakan oleh: Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 11 OGOS 2026 – Sesi Intervensi 18 Program Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Sarawak 2026 diteruskan pada Sabtu lepas dengan penyertaan seramai 68 orang bertempat di Dewan Serbaguna, IKBN Miri.
Sesi kali ini menampilkan aktiviti senaman Strong Nation iaitu senaman selang-seli intensiti tinggi (HIIT) seluruh badan yang diselaraskan secara unik dengan rentak muzik dan diakhiri dengan sesi timbangan berat badan sebagai penanda aras sebelum timbangan terakhir pada 22 Ogos 2026.
Program Biggest Loser KBS bukan sahaja memberi fokus kepada penurunan berat badan secara sihat, malah turut membentuk amalan gaya hidup aktif, meningkatkan tahap kecergasan, memupuk disiplin serta menggalakkan peserta mengamalkan gaya hidup sihat secara berterusan ke arah kesejahteraan hidup yang lebih berkualiti.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
