- JBS Sarawak
- Hits: 30
PBSB MIRI ANJUR PROGRAM EKSPLORASI ALAM PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026 DI TAMAN NEGARA NIAH
- JBS Sarawak
- Hits: 30
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 17 OGOS 2026 – Seramai 20 orang belia tempatan berusia antara 15 hingga 30 tahun telah menyertai Program Eksplorasi Alam Peringkat Negeri Sarawak 2026 yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri pada 15 dan 16 Ogos 2026 lalu.
Program dua hari satu malam yang berlangsung di lokasi bersejarah dan berprestij, Taman Negara Niah, bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan, daya tahan fizikal serta kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar dan warisan arkeologi negeri dalam kalangan generasi muda.
Penganjuran program ini memberi pendedahan secara langsung kepada para peserta tentang kepelbagaian ekosistem dan warisan sejarah yang dimiliki oleh Sarawak. Penglibatan aktif belia dalam aktiviti luar seperti ini dapat membentuk sahsiah diri yang positif di samping menyokong gaya hidup sihat dan aktif. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah eksplorasi denai dan Gua Niah, latihan kepimpinan berasaskan alam semula jadi bagi mengukuhkan semangat kerjasama dan komunikasi interaktif antara peserta, asas perkhemahan, dan Kempen 'Leave No Trace’.
Program ini diakhiri dengan majlis penutupan ringkas dan penyampaian sijil penyertaan oleh Encik Roley anak Lagir dan diiringi oleh Encik Julian Chong, pegawai unit Pembangunan Rekreasi JBS Sarawak merangkap ketua fasilitator program kepada semua 20 orang peserta yang telah berjaya menyempurnakan keseluruhan program eksplorasi.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
