- JBS Sarawak
- Hits: 47
SEMANGAT SUKARELAWAN BELIA TERUS MEKAR MELALUI AKADEMI MYCORPS EDISI 2 : MALAYSIA 2026 DI JULAU, SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 47
JULAU, SARIKEI, 23 Ogos 2026 – Semangat kesukarelawanan belia terus disemarakkan menerusi Akademi MyCorps Edisi 2 Malaysia Tahun 2026 yang melibatkan penempatan sukarelawan di Rumah Panjang Nanga Ensiring, Julau, Sarawak.
Kehadiran sukarelawan turut mendapat sokongan apabila Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turun padang mengunjungi penempatan berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap usaha belia dalam menyumbang kepada komuniti.
Program ini memberi peluang kepada para sukarelawan untuk berinteraksi bersama masyarakat setempat, berkongsi kemahiran serta menyumbang tenaga dalam pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan.
Menerusi pendekatan “Dari Belia Untuk Komuniti”, penglibatan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat, malah membentuk nilai kepimpinan, kerjasama, keprihatinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan peserta.
Diharapkan penglibatan sukarelawan Akademi MyCorps dapat terus menyemarakkan budaya kesukarelawanan serta melahirkan belia yang prihatin, berdaya saing dan bersedia berbakti kepada masyarakat.
Dari belia, untuk komuniti – bersama membina masyarakat yang lebih prihatin dan sejahtera.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
