- JBS Sarawak
- Hits: 30
TAKLIMAT PENGURUSAN PEMBAYARAN BIL DAN TUNTUTAN DALAM TEMPOH 7 HARI KEPADA PTJ KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
- JBS Sarawak
- Hits: 30
Disediakan oleh : NZS, PBSB Betong
BETONG, 27 OGOS 2026 – Sesi taklimat pengurusan pembayaran bil dan tuntutan dalam tempoh 7 hari kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan telah diadakan secara dalam talian oleh Bahagian Akaun, KBS pada 20 Ogos 2026.
Sesi tersebut diadakan bertujuan sebagai panduan kepada Ketua Jabatan dan PTJ untuk memastikan pengurusan pembayaran bil dan tuntutan disempurnakan dalam tempoh 14 hari kalendar daripada tarikh dokumen diterima lengkap dan sempurna selaras dengan Arahan Perbendaharaan 103(a).
Semua PTJ diingatkan supaya sentiasa mematuhi tempoh pembayaran yang telah ditetapkan kerana ianya dapat membantu meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA).
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah diwakili oleh Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong dan Puan Norfatihah bt Moh, Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) hadir ke sesi taklimat tersebut.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbssarawak
#pbsbetong
