- JBS Sarawak
- Hits: 19
Dua NGO Belia Miri Hadir Sesi Pitching Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan oleh: Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 11 OGOS 2026 – Kelab Belia Perkasa Taman Marina (YEC) dan Kelab Belia Bestari Bandar Miri (MIYC) telah menghadiri sesi “Pitching” secara atas talian bagi Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan anjuran Kementerian Belia Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak di Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri, hari ini.
JBSN Sarawak telah melaksanakan proses “Pitching” bagi persatuan yang layak di peringkat saringan dan dinilai di peringkat teknikal. Program ini merupakan satu inisiatif untuk menarik belia yang tidak berpersatuan agar menyertai persatuan belia , sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang untuk mereka terlibat dalam aktiviti, membina jaringan serta menyumbang kepada pembangunan komuniti dan belia setempat. Kelulusan dana maksimum RM10,000 akan disalurkan kepada persatuan yang layak dan mempunyai minat membina ekosistem penglibatan belia dalam semua bidang terutama penglibatan dalam persatuan belia.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
