Disediakan oleh: MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 11 Jun 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah mengadakan Mesyuarat Pengurus Pasukan dan Cabut Undi bersempena dengan Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 Peringkat Bahagian Samarahan.
Mesyuarat ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat Wisma Persekutuan Kota Samarahan jam 2:30 petang bagi Taklimat pengurus pasukan dan cabut undi pasukan yang akan bertanding sebanyak 16 pasukan yang akan bertanding. .
Mesyuarat pengurus ini adalah hasil kerjasama erat dan komitmen padu daripada barisan rakan strategik sukan tempatan. Pengadil pertandingan dan teknikal adalah daripada Persatuan Bola Tampar Kuching.
Saingan Liga Sukan Komuniti Bola Tampar (Lelaki) 2026 Peringkat Bahagian Samarahan ini akan dijalankan secara serentak pada 13 - 14 Jun 2026 di Gelanggang Bola Tampar IPG, Samarahan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
Disediakan oleh: MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 11 Jun 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan telah mengadakan Mesyuarat Pengurus Pasukan dan Cabut Undi bersempena dengan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Bahagian Samarahan.
Mesyuarat ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat Wisma Persekutuan Kota Samarahan jam 10 pagi bagi Taklimat pengurus pasukan dan cabut undi pasukan yang akan bertanding sebanyak 16 pasukan yang akan bertanding. .
Mesyuarat pengurus ini adalah hasil kerjasama erat dan komitmen padu daripada barisan rakan strategik sukan tempatan.Pengadil pertandingan dan teknikal adalah daripada Persatuan Bola Jaring Kuching.
Saingan Liga Sukan Komuniti Bola Jaring (wanita) 2026 Peringkat Bahagian Samarahan ini akan dijalankan secara serentak pada 13 - 14 Jun 2026 di Gelanggang Bola Jaring SK Pangkalan Kuap, Samarahan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
Disediakan oleh: MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 9 JUN 2026: Program iTalent Sukan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) telah berjaya dilaksanakan di Dewan Suarah Samarahan dengan penyertaan individu OKU dari sekitar Bahagian Samarahan. Program ini bertujuan mengenal pasti, mencungkil dan membangunkan bakat baharu dalam pelbagai jenis sukan, di samping menggalakkan penglibatan aktif golongan OKU dalam aktiviti sukan.
Pelaksanaan program ini memberi peluang kepada peserta menjalani sesi saringan bakat, ujian kecergasan asas serta pendedahan kepada jenis-jenis sukan yang bersesuaian mengikut kategori ketidakupayaan masing-masing. Peserta juga menerima bimbingan daripada jurulatih dan pegawai teknikal yang berpengalaman.
Selain melahirkan atlet berpotensi untuk mewakili bahagian, negeri dan negara pada masa hadapan, program ini turut memupuk keyakinan diri, disiplin serta gaya hidup sihat dalam kalangan peserta. Melalui pendekatan inklusif, iTalent Sukan menjadi platform penting dalam memastikan golongan OKU mendapat peluang yang sama untuk mengembangkan potensi diri melalui bidang sukan.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasakan pembangunan sukan OKU serta menyokong usaha melahirkan lebih ramai atlet para yang mampu mengharumkan nama Bahagian Samarahan dan Sarawak di peringkat yang lebih tinggi. Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan iaitu Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar turut hadir perlaksanaan program ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 JUN 2026 –Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Peringkat Bahagian Limbang yang bertempat di Kolam Renang Awam Limbang.
Melalui siri ini, peserta diberi pendedahan kepada Teknik asas berenang yang betul dan selamat serta teknik mengapungkan diri didalam air. Dengan bimbingan daripada jurulatih yang terlatih dpat membantu peserta menjadi lebih berkeyakinan didalam teknik asas renang
Encik Zaini Bin Abd Talib, Pegawai Unit Pembangunan sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) turut hadir bersama menyaksikan program tersebut.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 JUN 2026 – Pelaksana Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan 26-27 Jun 2026 bertempat di UITM Sarawak Kampus Mukah. Objektif utama pelaksanaan program tersebut adalah untuk penghargaan dan pengiktirafan daripada pihak kerajaan kepada golongan belia yang menyumbang kepada pembangunan belia.
Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan antaranya Glamping, Fun Run, Pertandingan Inovasi, Bengkel Pengacaraan Majlis, Pertandingan Nyanyian dan bnyak lagi. Semua aktiviti ini mengikut 10 gaya hidup Rakan Muda. Pegawai Unit Rakan Muda, Puan AImy Alisha Charlie , Dan Encik Mohd Hafizul Helmi turut hadir ke program tersebut dan bertugas sebagai pengacara Majlis.
Program Fiesta Rakan Muda ini dirasmikan Oleh YB Tuan Royston Bin Valentine, Ahli Dewan Undangan Negeri N57 Tellian dan beliau turut berkata Kolaborasi dan aktiviti seperti ini harus diteruskan kerana memberi impak yang positif kepada semua pihak.
Semoga dengan kerjasama utuh dari semua pihak, program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai sasaran penyertaan serta memenuhi objektif yang telah ditetapkan.
Disediakan oleh: LBJ, JBSN Sarawak
BINTULU, 30 JUN 2026: Bengkel Pengukuhan Sekretariat Rakan Muda Institut Pengajian Tinggi (IPT) Zon Borneo Tahun 2026 telah berjaya menghimpunkan barisan sekretariat dan wakil mahasiswa daripada institusi pengajian tinggi di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam usaha memperkukuh peranan Rakan Muda sebagai platform pembangunan belia yang aktif, berdaya saing dan berimpak tinggi.
Bengkel yang berlangsung selama tiga hari di UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah bermula dari 26 hingga 28 Jun 2026. Bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah dihadiri seramai 76 orang peserta ini bertujuan memperkasakan kefahaman peserta terhadap hala tuju dan peranan Sekretariat Rakan Muda IPT, di samping meningkatkan kemahiran kepimpinan, pengurusan organisasi, perancangan program serta penglibatan belia dalam aktiviti kemasyarakatan.
Penganjuran Bengkel Pengukuhan Sekretariat Rakan Muda IPT Zon Borneo Tahun 2026 mencerminkan komitmen berterusan dalam melahirkan pemimpin mahasiswa yang berwibawa, berintegriti dan mampu menjadi ejen perubahan dalam komuniti. Program ini juga diharapkan dapat memperkukuh semangat kesukarelawanan, kepimpinan dan jalinan kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi di Zon Borneo.
Majlis perasmian penutupan program telah dirasmikan oleh YB Royston bin Valentine bersempena dengan program Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak 2026. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tn. Lamat Anak Nyalau Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Tn. Mohd Amirul Bin Valentine Laiseh mewakili Residen Bahagian Mukah, Dr. Abdul Jabbar Abdullah Penolong Rektor UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah.
Majlis juga turut diselitkan dengan penyampaian cek cura kepada dua SRM IPT yang menerima dana secretariat rakan muda iaitu SRM Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), Bintulu dan juga SRM Politeknik Mukah PMU.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
Disediakan oleh: HWH, JBSN Sarawak
LIMBANG, 30 JUN 2026 –Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang fasa 3 Peringkat Bahagian Limbang yang bertempat di Kolam Renang Awam Limbang. Program 12 siri ini telah berlangsung awal bulan lalu dan dijadualkan tamat pada pertengahan Julai 2026.
Melalui siri ini, peserta diberi pendedahan kepada Teknik asas berenang yang betul dan selamat, membina keyakinan diri didalam air (water confidence) dan membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti renang.
Encik Zaini Bin Abd Talib, Pegawai Unit Pembangunan sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) turut hadir bersama menyaksikan program tersebut.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbang
Disediakan oleh:Nuff,JBSN Sarawak
SELASA, 30 JUN 2026: Mesyuarat Gerakan Pengguna Bahagian Bintulu (GPB) telah diadakan di Bilik Mesyuarat BSC, Pejabat Residen Bahagian Bintulu, pagi tadi.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Sharpini Binti Daud bagi mewakili Tuan Residen Bintulu dan turuh hadir Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah mewakilkan Encik Hailey Robson Anak Banyang, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu bagi menghadiri mesyuarat tersebut bagi membincangkan isu-isu pengguna dan harga barang yang ada di Bahagian Bintulu.
Mesyuarat tersebut turut memberi tumpuan kepada perkongsian maklumat berkaitan inisiatif kepenggunaan, advokasi hak pengguna, kepentingan kawalan harga, serta usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu berkaitan perdagangan dan kos sara hidup.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
Disediakan oileh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 29 JUN 2026: Program iTalent Sukan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan individu OKU dari sekitar Bahagian Bintulu. Program ini bertujuan mengenal pasti, mencungkil dan membangunkan bakat baharu dalam pelbagai jenis sukan, di samping menggalakkan penglibatan aktif golongan OKU dalam aktiviti sukan.
Pelaksanaan program ini memberi peluang kepada peserta menjalani sesi saringan bakat, ujian kecergasan asas serta pendedahan kepada jenis-jenis sukan yang bersesuaian mengikut kategori ketidakupayaan masing-masing. Peserta juga menerima bimbingan daripada jurulatih dan pegawai teknikal yang berpengalaman.
Selain melahirkan atlet berpotensi untuk mewakili bahagian, negeri dan negara pada masa hadapan, program ini turut memupuk keyakinan diri, disiplin serta gaya hidup sihat dalam kalangan peserta. Melalui pendekatan inklusif, iTalent Sukan menjadi platform penting dalam memastikan golongan OKU mendapat peluang yang sama untuk mengembangkan potensi diri melalui bidang sukan.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasakan pembangunan sukan OKU serta menyokong usaha melahirkan lebih ramai atlet para yang mampu mengharumkan nama Bahagian Bintulu dan Sarawak di peringkat yang lebih tinggi.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama