- JBS Sarawak
- Hits: 52
PERBINCANGAN PENYELARASAN PROGRAM BELIA, SUKAN DAN RAKAN MUDA
- JBS Sarawak
- Hits: 52
Disediakan oleh : NZS, PBSB Betong
BETONG, 28 OGOS 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah mengadakan sesi perbincangan penyelarasan program belia, sukan dan Rakan Muda pada 26 Ogos 2026 dan dipengerusikan oleh Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong.
Sesi perbincangan ini diadakan bertujuan untuk menyelaraskan beberapa program yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat seperti Program Pengurusan Organisasi, Program Dari Belia Untuk Belia, Kem Belia@Rakan Prihatin, Program Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda 2026 (Sosial dan Pasca Bencana) dan juga aktiviti-aktiviti sukan yang akan diadakan bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara 2026.
Antara perkara yang dibincangkan ialah berkenaan dengan pemilihan lokasi program yang bersesuaian, persediaan awal aktiviti yang akan dilaksanakan, promosi serta penglibatan penyertaan orang ramai.
Pejabat juga telah mengenal pasti beberapa jabatan, agensi, persatuan/ kelab belia, sukan serta Rakan Muda sebagai rakan kerjasama strategik yang akan bersama-sama membantu menjayakan program-program tersebut. Diharapkan segala perancangan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan serta sokongan daripada komuniti setempat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbssarawak
#pbsbetong
