- JBS Sarawak
- Hits: 34
Jemputan Majlis Perasmian Dan Sesi Penyampaian Hadiah Kejohanan Badminton Kumpulan Umur Bintulu Badminton Association 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 34
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 28 OGOS 2026: Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, Encik Jeremy anak Luguh, telah menerima jemputan daripada Bintulu Badminton Association (BBA) bagi menghadiri Majlis Perasmian dan Sesi Penyampaian Hadiah Kejohanan Badminton Kumpulan Umur Bintulu Badminton Association 2026 yang berlangsung pada 15 - 16 Ogos 2026, dengan penyertaan para pemain daripada pelbagai kategori kumpulan umur.
Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil dan mengembangkan bakat muda dalam sukan badminton, malah turut menggalakkan penglibatan golongan belia dalam aktiviti sukan secara aktif dan sihat.
Dalam kesempatan tersebut, para pemain turut diberikan kata-kata semangat agar terus berusaha meningkatkan prestasi, menjaga disiplin serta menjadikan setiap pertandingan sebagai pengalaman untuk membina keyakinan dan semangat kesukanan.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu sentiasa menyokong usaha persatuan sukan tempatan dalam memperkasa pembangunan sukan dan belia di Bahagian Bintulu. Kerjasama berterusan antara agensi kerajaan dan persatuan sukan amat penting bagi mewujudkan lebih banyak peluang kepada generasi muda untuk menyerlahkan potensi serta mengharumkan nama Bintulu di peringkat yang lebih tinggi.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan syabas kepada Bintulu Badminton Association atas kejayaan menganjurkan kejohanan ini. Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi pembangunan sukan badminton dan generasi muda di Bintulu.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
