- JBS Sarawak
- Hits: 47
Perbincangan Program Dari Belia Kepada Belia Bersama Kompleks Kebajikan Daud Abdul Rahman Bintulu
- JBS Sarawak
- Hits: 47
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 28 OGOS 2026: Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama pihak Rumah Anak Yatim Bintulu bagi membincangkan pelaksanaan Program Dari Belia Kepada Belia yang dirancang untuk memberi manfaat kepada golongan belia dan masyarakat setempat.
Perbincangan tersebut bertujuan memperincikan bentuk pengisian program, aktiviti yang bersesuaian serta kaedah pelaksanaan bagi memastikan program yang dirancang dapat memberi impak positif kepada para peserta.Antara perkara yang turut dibincangkan termasuk aspek kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu dengan pihak Rumah Anak Yatim Bintulu, penglibatan sukarelawan belia serta pelaksanaan aktiviti berbentuk kemasyarakatan dan jalinan kasih.
Program Dari Belia Kepada Belia diharap dapat menjadi medium untuk menyemai semangat kesukarelawanan, keprihatinan dan rasa tanggungjawab sosial dalam kalangan belia. Selain itu, program ini juga dapat membuka ruang kepada golongan belia untuk bersama-sama menyumbang tenaga, masa dan idea dalam melaksanakan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu komited untuk terus memperkukuhkan kerjasama bersama pelbagai agensi dan pertubuhan dalam usaha memperkasa pembangunan belia serta menyuburkan budaya kesukarelawanan di peringkat komuniti.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
