- JBS Sarawak
- Hits: 40
Menerima Kunjungan Pihak BEM Kidurong Bintulu Bagi Menjalinkan Kerjasama Strategik Dalam Pembangunan Belia, Sukan Dan Pengukuhan Komuniti
- JBS Sarawak
- Hits: 40
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 28 OGOS 2026: Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu telah menerima kunjungan daripada pihak BEM Kidurong Bintulu bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam pembangunan belia, sukan serta usaha pengukuhan komuniti di Bahagian Bintulu bertempat di pejabat belia dan sukan bahagian Bintulu pada 11 ogos yang lalu.
Kunjungan tersebut menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, berkongsi idea dan meneroka peluang kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada golongan belia serta masyarakat setempat. Perbincangan turut memberi penekanan kepada pelaksanaan program yang bersifat inklusif, berimpak dan mampu menggalakkan penglibatan aktif belia dalam aktiviti kemasyarakatan dan kesukanan.
Antara perkara yang turut dibincangkan adalah usaha memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, organisasi serta pihak berkepentingan dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan belia dan sukan secara lebih tersusun dan berterusan.
Kerjasama strategik seperti ini amat penting dalam mewujudkan ekosistem pembangunan belia yang lebih kukuh, di samping memperkasakan komuniti melalui penglibatan dalam aktiviti sukan, kesukarelawanan, kepimpinan dan pembangunan sahsiah.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu merakamkan penghargaan kepada pihak BEM Kidurong Bintulu atas kunjungan dan komitmen yang diberikan. Diharapkan hubungan kerjasama yang terjalin dapat diperkukuhkan dari semasa ke semasa melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program yang memberi impak positif kepada pembangunan belia serta komuniti di Bahagian Bintulu.
"Together We Make Bintulu Better"
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
