- JBS Sarawak
- Hits: 40
Kolaborasi Bersama Kelab Belia Tanjung Kidurong Dalam Menjayakan Program Bintulu Youth Exhibition (BYE 4.0) 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 40
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 28 OGOS 2026: Program Bintulu Youth Exhibition (BYE 4.0) 2026 ,yang dianjurkan oleh Kelab Belia Tanjung Kidurong telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah hasil kolaborasi strategik antara pelbagai pihak termasuk Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Ogos 2026 ini telah diadakan di Boulevard Shopping Mall Bintulu.
Penganjuran BYE 4.0 bertujuan menyediakan platform kepada golongan belia untuk mengetengahkan bakat, kreativiti, keusahawanan serta menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti pembangunan komuniti. Program ini turut menjadi medan untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta dan komuniti setempat.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuk gerai jualan dan market kraftangan yang menampilkan produk usahawan tempatan, bengkel pembangunan kemahiran, pertandingan berasaskan kreativiti dan inovasi, serta persembahan nyanyian dan hiburan yang berjaya menarik kehadiran pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat. Selain itu, pelbagai pengisian lain turut disediakan bagi memberi pengalaman yang bermanfaat dan menyeronokkan kepada para peserta dan pengunjung.
Kerjasama erat bersama kelab belia tanjung kidurong dalam menjayakan program ini membuktikan komitmen berterusan semua pihak dalam memperkasakan pembangunan belia serta mewujudkan peluang yang lebih luas untuk golongan muda menyerlahkan potensi diri. Kolaborasi seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan lebih banyak program berimpak tinggi dapat dilaksanakan demi manfaat komuniti dan pembangunan belia di Bahagian Bintulu.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
