- JBS Sarawak
- Hits: 49
PBSB SARIKEI MENYOKONG AKTIVITI PEMBANGUNAN KEPIMPINAN BELIA
- JBS Sarawak
- Hits: 49
Disediakan oleh: M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 28 Ogos 2026 – Selaras dengan motto pertubuhan “Pengakap Mentransformasikan Generasi”, Pengakap Daerah Sarikei terus menyokong usaha pembangunan potensi dan kepimpinan belia dengan menghantar seramai 9 orang ahli Pengakap dan 2 orang guru pengiring bagi menyertai Kontinjen Pengakap Sarawak ke Jamboree Pengakap Malaysia Ke-15 yang berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang.
Pergerakan kumpulan Pengakap Sarikei ke Kuching sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang turut diiringi oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei merangkap Penolong Pesuruhjaya (Latihan) Pengakap Sarikei.
Penyertaan dalam jamboree ini bukan sahaja memberi peluang kepada para peserta untuk menimba pengalaman baharu, malah menjadi platform dalam membentuk jati diri, disiplin, semangat berpasukan serta kemahiran kepimpinan dalam kalangan generasi muda.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei sentiasa memberikan sokongan terhadap inisiatif pertubuhan belia dan badan beruniform yang berperanan dalam melahirkan generasi muda yang berdaya saing, berdisiplin dan mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi.
Semoga perjalanan Kontinjen Pengakap Sarawak dipermudahkan, selamat pergi dan selamat kembali serta memperoleh pengalaman yang bermakna sepanjang menyertai Jamboree Pengakap Malaysia Ke-15.
“Pengakap Mentransformasikan Generasi, Belia Memimpin Masa Depan.”
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
