- JBS Sarawak
- Hits: 12
Sesi Santuni Pertubuhan Belia dan Sukan peringkat bahagian Bintulu Bersama YBTM Belia Dan Sukan Malaysia
- JBS Sarawak
- Hits: 12
Disediakan oleh:Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 28 OGOS 2026: Satu sesi santuni bersama pertubuhan belia, persatuan sukan dan Kelab Rakan Muda telah diadakan bagi memperkukuhkan hubungan serta menjalin komunikasi secara lebih dekat antara pemimpin akar umbi dengan Yang Berhormat Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia (YBTM).
Sesi tersebut menjadi platform penting untuk menghimpunkan wakil-wakil pertubuhan belia, persatuan sukan dan Kelab Rakan Muda bagi berkongsi pandangan, cadangan serta isu-isu semasa berkaitan pembangunan belia dan sukan di peringkat bahagian.
Melalui sesi berkenaan, para peserta turut berpeluang menyuarakan aspirasi serta membincangkan keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh pertubuhan masing-masing. Pendekatan santai dan mesra yang dilaksanakan membolehkan komunikasi dua hala diwujudkan secara lebih berkesan.
YBTM Belia dan Sukan Malaysia dalam sesi tersebut turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan peranan yang dimainkan oleh pertubuhan belia, persatuan sukan serta Kelab Rakan Muda dalam melaksanakan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Sesi santuni ini diharap dapat memperkukuhkan jaringan kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bersama pemimpin dan penggerak belia serta sukan di peringkat akar umbi, sekali gus memastikan agenda pembangunan belia dan sukan negara dapat dilaksanakan dengan lebih menyeluruh dan berkesan.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
