- JBS Sarawak
- Hits: 35
Kelab Belia Mulia Bandar Bintulu Hadir Dalam Sesi Pitching Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 35
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 28 OGOS 2026: Selasa lalu, Kelab Belia Mulia Bandar Bintulu telah menghadiri satu sesi Pitching Program Intervensi Belia Tidak Berpersatuan 2026 secara atas talian menerusi platform google meet bertempat di Bilik Mesyuarat , Aras 3 Wisma Persekutuan Bintulu.Sesi ini telah diketuai oleh Puan Hafizah Binti Dahlan, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Rakan Muda.Turut hadir dalam sesi tersebut Encik Abdul Zamrie Bin Randim, Unit Pembangunan Sosial Seksyen Belia Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak.
Sesi ini bertujuan menggalakkan penglibatan belia secara aktif dalam menyuarakan pandangan dan mencadangkan inisiatif yang mampu memberi manfaat kepada golongan belia serta komuniti setempat. Peserta turut berpeluang membentangkan idea dan potensi projek yang boleh dilaksanakan berdasarkan keperluan semasa di kawasan masing-masing. Melalui sesi pitching ini, golongan belia tidak berpersatuan diberikan peluang untuk tampil ke hadapan, membina keyakinan diri serta mengembangkan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan pembentangan idea.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
