- JBS Sarawak
- Hits: 46
Bintulu Tuan Rumah Bagi Program Belia Bebas Hutang @ Rakan Mahir Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 46
Disediakan oleh:Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 28 OGOS 2026: Program Belia Bebas Hutang @ Rakan Mahir Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 04 Ogos 2026 bertempat di Dewan Utama , Dewan Suarah Bintulu dengan penglibatan seramai 172 orang peserta yang terdiri daripada pelajar institusi pendidikan serta pelajar sekolah menengah kebangsaan sekitar Bintulu.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, yang turut menekankan kepentingan pendidikan kewangan dalam kalangan golongan belia sebagai persediaan menghadapi cabaran kehidupan dan alam pekerjaan.
Penganjuran program ini bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada golongan belia mengenai pengurusan kewangan yang bijak, perancangan kewangan, kepentingan mengurus hutang serta kemahiran membuat keputusan kewangan yang bertanggungjawab.
Pihak pejabat merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan – rakan strategik yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung atas memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat baik dalam memastikan program ini berjalan lancar dan jayanya sepeti yang dirancang.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
