Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
SARIKEI, 23 Ogos 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah melaksanakan Program Pengurusan Organisasi Peringkat Bahagian Sarikei 2026 selama tiga hari dua malam bermula 21 hingga 23 Ogos 2026 bertempat di Dewan Kolej Komuniti Sarikei.
Program ni bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan belia dalam pengurusan organisasi melalui latihan, perkongsian ilmu serta pengalaman praktikal. Peserta terdiri daripada pemimpin muda, ahli persatuan belia, aktivis belia serta belia yang aktif dalam aktiviti pembangunan masyarakat.
Sepanjang program, peserta telah diberikan pendedahan berkaitan pengurusan organisasi, kepimpinan, kemahiran komunikasi, pengurusan sumber manusia, kewangan, perancangan aktiviti dan pengendalian program. Pelbagai aktiviti secara interaktif dan berkumpulan turut dilaksanakan bagi menggalakkan peserta berkongsi idea, pengalaman serta pengetahuan dalam mengurus dan melaksanakan program bersama masyarakat.
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, dan turut dihadiri oleh Puan Norfaziela binti Abdul Hashim selaku Ketua Fasilitator serta Puan Jamaika binti Marciano, Pegawai Penyelaras Program.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada pembentukan barisan belia yang berdaya kepimpinan, berkeyakinan, bertanggungjawab dan mampu menjadi penggerak kepada pembangunan belia serta masyarakat di Bahagian Sarikei.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6
- JBS Sarawak
- Hits: 31
