- JBS Sarawak
- Hits: 61
Majlis Penyampaian Sijil dan Pin Tahap Gangsa ARPRM
- JBS Sarawak
- Hits: 61
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 20 Ogos 2026 – Majlis Penyampaian Sijil dan Pin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa telah diadakan dengan penuh meriah di Dewan Perdana, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang pada 18 Ogos 2026 (Selasa).
Majlis ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat Program ARPRM serta menyedari kepentingan penglibatan dalam aktiviti yang dapat membentuk sahsiah, kemahiran, keyakinan diri dan pengalaman positif.
Sesi penyampaian sijil dan pin kepada para penerima telah disempurnakan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam melengkapkan setiap komponen program dengan jayanya. Diharapkan agar anugerah ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk turut menyertai dan mengikut jejak langkah para penerima anugerah dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
