Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Libatkan 125 Peserta

Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Libatkan 125 Peserta
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak

Kuching, 22 Ogos 2026 – SMK Batu Lintang telah menjadi lokasi pelaksanaan Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda anjuran PBSB Kuching pada 19 Ogos 2026 yang melibatkan seramai 125 peserta.  Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan dan pendedahan kepada para peserta mengenai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang peluang penglibatan dalam aktiviti pembangunan diri, kesukarelawanan dan kemasyarakatan. Melalui taklimat tersebut, para peserta diberi penjelasan berkaitan matlamat, pelaksanaan serta manfaat penyertaan dalam program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.

Program ini turut menjadi platform untuk membentuk golongan remaja yang lebih berdisiplin, berkemahiran, aktif dan mempunyai semangat kepimpinan serta kesukarelawanan. Penganjuran taklimat ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan minat para peserta untuk menyertai program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda serta seterusnya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang memberi manfaat kepada diri, sekolah dan masyarakat.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#arpm

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search