Majlis Perasmian Program Pengurusan Organisasi Peringkat Bahagian Kuching

Majlis Perasmian Program Pengurusan Organisasi Peringkat Bahagian Kuching

Majlis Perasmian Program Pengurusan Organisasi Peringkat Bahagian Kuching
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak

Kuching, 22 Ogos 2026 – Majlis Perasmian Program Pengurusan Organisasi Peringkat Bahagian Kuching telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Program ini merupakan anjuran PBSB Kuching sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek pengurusan organisasi.

Program Pengurusan Organisasi ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para peserta berkaitan pengurusan organisasi yang sistematik, berkesan dan profesional. Selain itu, program ini turut memberi penekanan terhadap aspek kepimpinan, komunikasi, kerjasama berpasukan serta keupayaan mengurus dan melaksanakan aktiviti organisasi dengan lebih terancang. Penglibatan seramai 31 orang peserta daripada 15 persatuan belia yang aktif di Bahagian Kuching dalam program ini diharapkan dapat memberi manfaat dalam meningkatkan keupayaan mereka mengurus organisasi serta melaksanakan tanggungjawab dengan lebih cekap dan berkesan.

Penganjuran program ini juga mencerminkan komitmen PBSB Kuching dalam memperkasa pembangunan kapasiti golongan belia dan organisasi melalui program yang berfokus kepada peningkatan kemahiran, kepimpinan dan pengurusan.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#rakandemokrasi

 

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 22-08-2026, 16:54:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search