Penyelenggaraan Preventif Peralatan ICT di PBSB Kuching

Penyelenggaraan Preventif Peralatan ICT di PBSB Kuching
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak

Kuching, 22 Ogos 2026 – Satu aktiviti Penyelenggaraan Preventif Peralatan ICT telah dilaksanakan pada 20 Ogos 2026 bertempat di PBSB Kuching. Aktiviti penyelenggaraan ini telah dijalankan oleh Global Elite Sdn. Bhd., iaitu syarikat yang dilantik bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan ICT di premis berkenaan. Aktiviti ini bertujuan memastikan peralatan ICT sentiasa berada dalam keadaan baik, berfungsi dengan optimum serta dapat digunakan secara berterusan bagi menyokong kelancaran urusan dan operasi organisasi.

Skop penyelenggaraan melibatkan pemeriksaan keadaan peralatan, pembersihan komponen, semakan fungsi serta tindakan awal terhadap sebarang masalah atau kerosakan yang dikenal pasti. Pelaksanaan penyelenggaraan secara berkala amat penting bagi mengurangkan risiko kerosakan secara tiba-tiba dan memastikan peralatan ICT sentiasa berada pada tahap prestasi yang baik serta dapat memastikan kemudahan ICT diselenggara secara sistematik, memanjangkan jangka hayat peralatan serta menyokong kelancaran penyampaian perkhidmatan.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching

 

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search