TAKLIMAT PENGURUSAN PEMBAYARAN BIL DAN TUNTUTAN DALAM TEMPOH 7 HARI KEPADA PTJ KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Disediakan oleh: ABG, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 20 Ogos 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah mengikuti Taklimat Secara Atas Talian: Pengurusan Pembayaran Bil Dan Tuntutan Dalam Tempoh 7 Hari Kepada PTJ Kementerian Belia Dan Sukan yang disampaikan oleh Bahagian Akaun (BA), Kementerian Belia dan Sukan.

Taklimat ini adalah bertujuan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kewangan, memastikan kelancaran aliran tunai kepada vendor, pembekal dan pegawai serta mencapai sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) PTJ Kementerian Belia dan Sukan iaitu memastikan semua bayaran diselesaikan dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh dokumen yang lengkap dan sempurna diterima.

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah menduduki kedudukan ke-9 di antara 22 PTJ Kementerian Belia dan Sukan yang mencapai KPI Prestasi Pembayaran Bil dalam tempoh 7 hari pada Tahun 2025.

Taklimat ini dihadiri oleh Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman bersama Puan Julia binti Julaihi, Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi).

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 20-08-2026, 14:56:29

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search