MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN DAN PEMANTAUAN SOSIAL (JPPSB) BAHAGIAN SRI AMAN BIL.2/2026

Disediakan oleh: MII, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 19 Ogos 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Dan Pemantauan Sosial (JPPSB) Bahagian Sri Aman Bil.2/2026 telah berlangsung hari ini di Bilik Mesyuarat, Pejabat Residen Bahagian Sri Aman.

Encik Mohd. Israk bin Ismail, Pegawai Cawangan Pembangunan Sukan mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman hadir ke mesyuarat tersebut dan membuat pembentangan berkenaan Domain Penyertaan Sosial merangkumi statistik kesukarelaan, kelab/ persatuan sosial dan pelaksanaan program sosial kepada ahli-ahli mesyuarat. 

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman adalah merupakan Pengerusi Domain Penyertaan Sosial dan keahlian Domain tersebut adalah terdiri daripada Pejabat Kebajikan Bahagian Sri Aman, PEMADAM Daerah Sri Aman, PEMADAM Daerah Lubok Antu, Pejabat RELA Daerah Sri Aman, Pejabat RELA Daerah Lubok Antu dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Bahagian Sri Aman.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Ramon Addy, Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Sri Aman dan dihadiri oleh Jabatan dan Agensi yang terlibat dengan Domain Kebudayaan dan Hiburan, Domain Perpaduan Nasional, Domain Penyertaan Sosial, Domain Penyertaan Ekonomi, Domain Pelindungan Sosial, Domain Alam Sekitar dan Domain Amalan Tadbir Urus Baik.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 19-08-2026, 15:12:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search