Disediakan oleh: TT, PBSB Sibu
SIBU, 30 Jun 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Wesley Lee. Kehadiran beliau telah disambut baik oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu.
Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan ruang kerjasama strategik dalam penglibatan program serta aktiviti yang bakal dilaksanakan sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat Bahagian Sibu.
Melalui jalinan kerjasama ini, kedua-dua pihak berharap dapat menyemarakkan lagi budaya sukan dan gaya hidup aktif dalam kalangan komuniti setempat, khususnya di Bahagian Sibu.
Terima kasih diucapkan kepada Encik Wesley Lee atas kesudian hadir berkongsi idea demi kemajuan belia dan sukan.
#JBSNKomited #JBSNBersama #PBSBSibu #MalaysiaMadani #TeamJBSN #JBSNSarawak #TeamKBS
Disediakan oleh: TT, PBSB Sibu
SIBU, 30 Jun 2026 - Kunjungan hormat Sarawak AeroBig Day 2026 telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam pelaksanaan Aerobig Day di Sibu nanti. Delegasi Sarawak AeroBig Day diketuai oleh Encik Jeffery Ngui, Pengasas Bantu Sarawak, Projek Noah’s Ark serta inisiatif Sarawak AeroBig Day.
Kunjungan ini telah disambut oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu.
Sarawak AeroBig Day 2026 di Sibu nanti akan diadakan pada 11 Oktober 2026 bertempat di Dataran Tun Tunku Bujang. Perbincangan tertumpu kepada potensi kolaborasi dalam penganjuran program berimpak tinggi yang mampu menarik penyertaan belia serta mempromosikan gaya hidup.
Inisiatif ini diharapkan dapat memperkasa penglibatan komuniti serta menyumbang kepada pembangunan ekosistem sukan yang lebih dinamik di Sarawak.
#PBSBSibu #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNSarawak #JBSNBersama #MalaysiaMADANI
Disediakan oleh : NZS, JBSN Sarawak
BETONG, 30 JUN 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah menerima kunjungan kerja oleh pasukan Unit Audit Dalam (UAD), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 22 hingga 26 Jun 2026.
Pihak UAD, KBS telah melakukan pengauditan pengurusan kewangan yang bertujuan untuk memastikan setiap pengurusan kewangan serta aset kerajaan diuruskan dengan cekap, berhemat dan mematuhi undang-undang. Ia berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang bebas bagi menambah baik sistem kawalan dalaman, tadbir urus serta integriti pentadbiran.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong mengucapkan terima kasih kepada pasukan UAD, KBS yang diketuai oleh Encik Jimmy bin Tevan @ William Stephen atas khidmat nasihat, tunjuk ajar dan teguran membina yang telah diberikan. Pihak pejabat akan terus berusaha untuk melakukan penambahbaikan serta memastikan pematuhan prosedur dilakukan secara berterusan agar dapat meningkatkan kualiti kerja dan integriti.
Sesi mesyuarat penutupan pengauditan pada hari terakhir telah disertai oleh Yang Berusaha Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbssarawak
#pbsbetong
Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak
KUCHING, 30 Jun 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong turut menghantar wakil untuk menyertai Bengkel Pemimpin Baharu Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 iaitu Cik Azira binti A.Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan yang telah diadakan pada 18-20 Jun 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan yang menyeluruh mengenai konsep, falsafah dan struktur ARPRM di samping untuk melatih peserta memahami peranan, tanggungjawab dan etika sebagai Pemimpin Bertauliah ARPRM di negeri Sarawak.
Selain itu, Puan Nurul Karina binti Ismail dari SMK Pusa dan Encik Mohammad Rieza Fahmi bin Misrah dari MRSM Betong turut serta dalam bengkel berkenaan sebagai usaha memperkukuh peranan institusi pendidikan dalam membimbing serta menyokong penyertaan remaja dalam program ARPRM.
Majlis penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Puan Hafizah Dahlan, Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Dalam ucapannya, beliau berharap bengkel tersebut dapat melahirkan lebih ramai pemimpin yang komited disamping memperkukuhkan usaha membimbing peserta ARPRM khususnya di Bahagian Betong.
Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat menjadi platform terbaik untuk melahirkan pemimpin yang mampu menyumbang kepada pembangunan belia yang berusia antara 14 hingga 24 tahun sekaligus membentuk generasi agar memiliki ciri kepimpinan, jati diri yang kukuh serta semangat kesukarelawanan yang tinggi.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbssarawak
#pbsbetong
Disediakan oleh: JAT, JBSN Sarawak
BETONG, 30 Jun 2026 – Satu sesi kunjungan hormat Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafiíe, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong kepada YBhg. Datu Richard anak Michael Abunawas, Residen Bahagian Betong telah dilakukan pada 19 Jun 2026 bertempat di Pejabat Residen Bahagian Betong. Sesi kunjungan tersebut adalah untuk membincangkan program yang akan dilaksanakan iaitu Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Betong Tahun 2026 yang di jadualkan pada bulan Julai 2026 serta mendapatkan pandangan dan nasihat daripada beliau.
Objektif pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) adalah untuk Membincangkan isu dan masalah yang hadapi dalam proses pembangunan belia pada semua peringkat, meneroka dimensi baru dalam agenda pembangunan belia selaras dengan senario perubahan semasa serta menzahirkan pelan tindakan bagi menangani sebarang isu pembangunan belia melalui proses perundingan dan saluran yang betul.
Pada masa yang sama, Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafiíe turut membentangkan kalender perancangan program dan aktiviti Belia, Sukan dan Rakan Muda Pejabat Belia Sukan Dan Bahagian Betong tahun 2026 kepada YBhg. Datu Residen. Beliau menzahirkan rasa terima kasih kepada pejabat kerana terus bergerak aktif dalam melaksanakan program pembangunan belia dan komuniti di bahagian Betong.
Disediakan oleh : TT, PBSB Sibu
SIBU, 29 Jun 2026 – Senario sukan warisan di Bahagian Sibu bakal berwajah baharu berikutan satu langkah proaktif yang diambil oleh sekumpulan penggiat sukan sepak takraw tempatan. Hari ini, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu (PBSB Sibu) telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi peminat sukan berkenaan yang membawa misi murni demi pembangunan komuniti setempat.
Rombongan penggiat sepak takraw tersebut telah diketuai bersama oleh Encik Sain Anak Melina dan Encik David Mataw Anak Gera. Kehadiran kumpulan ini bertujuan untuk menyatakan hasrat murni mereka bagi menubuhkan sebuah kelab sepak takraw rasmi yang bakal menjadi wadah penyatuan, riadah, dan pencarian bakat baharu dalam kalangan belia dan masyarakat di Sibu.
Ketibaan delegasi ini telah disambut mesra oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan binti Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Beliau amat mengalu-alukan inisiatif tersebut dan menyifatkannya sebagai satu petanda positif terhadap kebangkitan semula sukan takraw di peringkat akar umbi.
Bagi merealisasikan impian penubuhan kelab ini secara sah, satu sesi taklimat khusus telah diberikan oleh Encik Terence Tan. Sepanjang sesi konsultasi tersebut, beliau telah memberikan penjelasan yang sangat terperinci mengenai kriteria, prosedur, dan proses pendaftaran badan sukan yang perlu dilalui di bawah seliaan Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS). Panduan langkah demi langkah ini amat penting bagi memastikan kelab yang bakal lahir ini mempunyai asas tadbir urus yang kukuh, telus, dan diiktiraf di peringkat kebangsaan.
Puan Nur Fatheen Khairuzan dalam perbincangan tersebut turut menegaskan bahawa PBSB Sibu sentiasa bersedia memberikan sokongan moral dan khidmat nasihat kepada mana-mana komuniti yang ingin menggerakkan aktiviti sihat. Beliau berharap penubuhan kelab ini nanti bukan sahaja dapat menyemarakkan gaya hidup aktif, malah mampu melahirkan pemain-pemain berkualiti yang dapat mengharumkan nama Sibu dalam pelbagai kejohanan akan datang.
Langkah kanan yang diatur oleh Encik Sain dan Encik David bersama rakan-rakan ini membuktikan bahawa semangat kesukanan dalam kalangan komuniti Sibu sentiasa membara, sekaligus menjadi pemangkin kepada pembinaan masyarakat yang cergas dan bersatu padu.
#JBSNKomited #JBSNBersama #PBSBSibu #MalaysiaMadani #TeamJBSN #JBSNSarawak #TeamKBS
Disediakan oleh: TT, PBSB Sibu
SIBU, 29 Jun 2026 – Dalam usaha memperkasa tadbir urus dan kredibiliti badan sukan tempatan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu (PBSB Sibu) telah menerima satu kunjungan muhibah dan sesi konsultasi strategik daripada barisan jawatankuasa tertinggi Sector Shooting Club pada hari ini.
Rombongan rasmi tersebut telah diketuai secara langsung oleh Encik Ahmad Rizal Bin Janting, Presiden Sector Shooting Club. Beliau turut diiringi oleh barisan jawatankuasa pengurusan kelab, iaitu Encik Rosaili Rodian Bin Nadzaru dan Encik Tan Chee Seong. Kehadiran delegasi sukan menembak ini telah disambut mesra oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan binti Seleman, selaku Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu.
Tujuan utama lawatan kerja ini diadakan adalah bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat teknikal yang komprehensif mengenai tatacara penyediaan serta penghantaran laporan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB). Pengurusan laporan berkala ini amat kritikal bagi memastikan setiap persatuan dan kelab sukan kekal aktif, telus, serta mematuhi segala garis panduan yang telah ditetapkan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.
Bagi memastikan penyampaian maklumat dilakukan secara terperinci, sesi bimbingan tersebut telah dikendalikan oleh Encik Terence Tan. Sepanjang sesi berlangsung, beliau bertindak memberikan penjelasan mendalam, langkah demi langkah, mengenai kaedah pengisian dokumen secara digital serta proses pengemaskinian data secara atas talian menerusi sistem portal rasmi e-ROSA KBS. Penjelasan interaktif tersebut nyata memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pihak kelab dalam mengemudikan sistem berkenaan dengan cekap.
Dalam pada itu, Puan Nur Fatheen Khairuzan turut menegaskan bahawa aspek tadbir urus yang dinamik dan sistematik merupakan tunjang utama kepada profesionalisme sesebuah organisasi sukan. Pihak PBSB Sibu sentiasa komited dan membuka pintu kaunter khidmat nasihat secara berterusan kepada mana-mana kelab belia mahupun sukan di sekitar bahagian ini yang memerlukan bimbingan pengurusan.
Komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Sector Shooting Club ini wajar dipuji dan dijadikan contoh terbaik oleh badan-badan sukan lain di Bahagian Sibu. Melalui inisiatif proaktif seperti ini, gerak kerja pentadbiran kelab akan menjadi lebih kukuh sekaligus mampu memacu kecemerlangan pembangunan sukan menembak dari peringkat akar umbi ke tahap yang lebih tinggi.
#JBSNKomited #JBSNBersama #PBSBSibu #MalaysiaMadani #TeamJBSN #JBSNSarawak #TeamKBS
Disediakan oleh : Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 30 JUN 2026 – Sukarelawan Mobilisasi Rakan Muda telah digerakkan bersama semasa Program Fiesta Rakan Muda @Mukah Sarawak 2026 yang telah diadakan pada 27-28 Jun 2026 baru-baru ini di UiTM Kampus Mukah. Mereka telah ditugaskan untuk membantu para petugas di setiap lokasi aktiviti sepanjang program tersebut.
Taklimat ringkas tugas-tugas sukarelawan mobilisasi telah disampaikan oleh Puan Noorlina Mirais, Pegawai Penyelaras Unit Rakan Muda dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada sukarelawan yang terlibat dan berharap mereka dapat melaksanakan tugas sukarelawan dengan sebaiknya seterusnya menjadi contoh kepada golongan belia yang lain.
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 30 JUN 2026 – Tuan Lamat Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah melaksanakan pemeriksaan mengejut ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah pada 26 Jun 2026 bagi memastikan urus tadbir pejabat bahagian di seluruh Sarawak beroperasi dengan baik serta mematuhi segala garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.
Selain itu, beliau turut mendengar penerangan ringkas daripada Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah berkenaan program-program di bahagian Mukah serta status program yang telah dilaksanakan. Beliau turut dimaklumkan berkaitan pengoperasian, pentadbiran serta kewangan semasa pejabat. Amanat ringkas beliau kepada semua pegawai di Mukah agar sentiasa bekerjasama dan memberi komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.