Program Pengurusan Organisasi Peringkat Bahagian Kuching Melabuhkan Tirainya

Program Pengurusan Organisasi Peringkat Bahagian Kuching Melabuhkan Tirainya

Program Pengurusan Organisasi Peringkat Bahagian Kuching Melabuhkan Tirainya
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak

Kuching, 27 Ogos 2026 – Program Pengurusan Organisasi Peringkat Bahagian Kuching telah melabuhkan tirainya pada 23 Ogos 2026 dengan jayanya, setelah berlangsung selama tiga hari dan disertai seramai 31 orang peserta daripada 15 persatuan belia di Bahagian Kuching. Program telah dilaksanakan di bilik kuliah, KOMBES. Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan keupayaan persatuan belia dalam mengurus organisasi secara lebih teratur, sistematik dan berkesan, di samping memperkukuh peranan persatuan belia dalam melaksanakan aktiviti yang memberi manfaat kepada golongan belia dan masyarakat setempat.

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat membantu persatuan-persatuan belia meningkatkan kecekapan pengurusan organisasi serta memperkukuh peranan mereka sebagai pemangkin pembangunan belia di Bahagian Kuching. Penglibatan aktif persatuan belia juga penting dalam memastikan pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan belia dapat dilaksanakan secara tersusun, inklusif dan berterusan. Secara keseluruhannya, program ini menjadi platform yang bermanfaat kepada para peserta untuk meningkatkan pengetahuan, berkongsi pengalaman serta memperkukuh kapasiti persatuan masing-masing agar lebih berdaya maju dalam memenuhi keperluan dan aspirasi golongan belia di Bahagian Kuching.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#rakandemokrasi

 

 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search