- JBS Sarawak
- Hits: 33
MESYUARAT PELAKSANAAN DAN LAWATAN TAPAK KEM BELIA SARIKEI 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 33
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
SARIKEI, 26 Ogos 2026 – Mesyuarat Pelaksanaan dan Lawatan Tapak Program Kem Belia Peringkat Bahagian Sarikei 2026 telah diadakan di SMK Sarikei Baru, Sarikei bagi menyelaras persiapan program yang akan berlangsung pada 11 hingga 13 September 2026 bertempat di Padang SMK Sarikei Baru.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Michael anak Mpulop, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembangunan Murid) merangkap Timbalan Pengerusi Program Kem Belia Peringkat Bahagian Sarikei, manakala pembentangan berkaitan pelaksanaan dan pengisian program telah disampaikan oleh Puan Jamaika Marciano, Pegawai Penyelaras Program Kem Belia Peringkat Bahagian Sarikei.
Perbincangan meliputi aspek pengurusan program, pengisian aktiviti, keselamatan, kebajikan peserta, logistik serta pembahagian tugas antara penganjur bersama. Sesi turut disusuli dengan lawatan tapak bagi meninjau kesesuaian lokasi serta memastikan segala keperluan program dapat disediakan dengan teratur.
Program ini memfokuskan untuk meningkatkan kesedaran belia terhadap tanggungjawab diri dan masyarakat, bahaya gejala sosial dan jenayah serta memupuk nilai murni selaras dengan pembangunan belia positif (8C).
Diharapkan kerjasama semua pihak dapat memastikan program ini berjalan lancar serta memberi impak positif dalam membentuk belia yang berfikiran kritis, kreatif, bertanggungjawab dan berjiwa besar.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6DSee less
