- JBS Sarawak
- Hits: 23
PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS
- JBS Sarawak
- Hits: 23
Disediakan oleh: Uja R.N, JBSN Sarawak
KAPIT, 24 Ogos 2026 – Satu majlis ringkas penyerahan nota serah tugas telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit bagi menandakan rasmi kepimpinan dan tanggungjawab pentadbiran pejabat tersebut.
Sesi penyerahan dokumen nota serah tugas ini melibatkan pertukaran tugas antara Puan Olivia Anak Kaminis yang akan berpindah ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu pada 7 September 2026 kepada Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit yang baharu, Puan Nurul Aini Binti Rahmat yang telah melapor diri pada 24 Ogos 2026.
Penyerahan merangkumi skop perancangan strategik pembangunan belia, status program sukan komuniti yang sedang berjalan, serta pelaporan kedudukan aset dan kewangan bahagian. Puan Olivia merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit atas sokongan padu yang diberikan sepanjang perkhidmatan beliau di bahagian ini. Beliau berharap kesinambungan program pembangunan belia dan sukan terus cemerlang di bawah kepimpinan baharu.
Pihak pejabat merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa bakti dan kepimpinan yang dicurahkan oleh Puan Olivia sepanjang berkhidmat di Kapit dan mengalu-alukan kehadiran Puan Nurul Aini dalam meneruskan amanah perkhidmatan awam di Bahagian Kapit.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBKapit
