- JBS Sarawak
- Hits: 49
MESYUARAT JAWATANKUASA PERTANDINGAN AEROBICTHON BAHAGIAN SARIKEI 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 49
Disediakan oleh: M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 26 Ogos 2026 – Persiapan bagi penganjuran Pertandingan Aerobicthon Bahagian Sarikei sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2026 terus diperkemaskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Aerobicthon Bahagian Sarikei yang diadakan hari ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, turut melibatkan presenter, juri serta petugas teknikal pertandingan bagi menyelaras aspek pengadilan, persembahan, teknikal dan perjalanan pertandingan agar dapat dilaksanakan dengan lancar serta teratur.
Pertandingan tersebut dijadualkan berlangsung pada 17 Oktober 2026 bertempat di Dewan Suarah Sarikei, dengan sasaran penyertaan seramai 200 orang.
Penganjuran pertandingan ini bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kecergasan, malah menjadi salah satu platform untuk menyemarakkan budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat Sarikei.
Melalui penganjuran yang berteraskan kecergasan dan penyertaan komuniti, pertandingan ini diharapkan dapat menarik lebih ramai masyarakat untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada gaya hidup seharian, selaras dengan aspirasi Hari Sukan Negara dalam membudayakan sukan dalam kalangan rakyat.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
