- JBS Sarawak
- Hits: 40
Penyampaian Sijil Pendaftaran Kelab Rakan Muda Mukah
- JBS Sarawak
- Hits: 40
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 26 OGOS 2026 – Puan Noorlina Mirais, Pegawai Unit Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah menyampaikan sijil pendaftaran Kelab Rakan Muda Mukah kepada Cik Emayuhaida Deris mewakili ahli kelab pada 20 Ogos 2026 di Pejabat Pentadbiran Sarawak Skills Mukah. Selain menyerahkan sijil pendaftaran, beliau turut menerangkan tatacara membuka akaun bank kelab serta memaklumkan bantuan peruntukan pelaksanaan program yang boleh dimohon melalui Kelab Rakan Muda Mukah daripada pihak kementerian.
Pihak pejabat mengharapkan pendaftaran kelab rakan muda ini mampu menjadi platform kepada golongan belia dalam melaksanakan aktiviti belia yang memberi manfaat kepada mereka sekaligus dapat bekerjasama melaksanakan aktiviti bersama pejabat. Perjumpaan tersebut juga turut mengundang semua ahli jawatankuasa Kelab Rakan Muda Mukah untuk menghadiri Program Pengurusan Organisasi yang akan dilaksanakan pada 18-20 September 2026 di Kem Belia Mukah.
