- JBS Sarawak
- Hits: 27
PERBINCANGAN PENUBUHAN KELAB RAKAN MUDA (KRM) HULU RAJANG
- JBS Sarawak
- Hits: 27
Disediakan oleh: O.A.K, JBSN Sarawak
KAPIT, 26 Ogos 2026 – Usaha memperkasa agenda pembangunan belia di kawasan pedalaman Sarawak terus dipergiat menerusi perbincangan khas bagi membincangkan penubuhan Kelab Rakan Muda (KRM) Parlimen Hulu Rajang yang diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit.
Perbincangan tersebut yang diterajui oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit bersama Saudara Alexander Francis Anak Nyuak, Saudara Smith Claryson Anak Kuling dan Saudara Desmond Kumbong Anak Diana dimana Puan Olivia Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah memberi taklimat ringkas berkenaan penubuhan Kelab Rakan Muda Hulu Rajang.
Pejabat ini berharap dengan penubuhan dan pendaftaran Kelab Rakan Muda (KRM) Hulu Rajang nanti akan menjadi platform belia remaja untuk berpersatuan serta bersama pejabat dalam merancang dan melaksanakan aktiviti Rakan Muda di kawasan Hulu Rajang. Semoga dengan penubuhan kelab ini nanti akan menyemarakkan lagi aktiviti belia, sukan dan Rakan Muda terutamanya menterjemahkan 10 Gaya Hidup Rakan Muda di bahagian Hulu Rajang.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#KRMHuluRajang
#PBSBKapit
