- JBS Sarawak
- Hits: 58
Biggest Loser KBS 2026 Peringkat Negeri Sarawak Melabuhkan Tirai, Tahniah Buat Para Pemenang !
- JBS Sarawak
- Hits: 58
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 26 Ogos 2026 – Program Biggest Loser Kementerian Belia dan Sukan 2026 Peringkat Negeri Sarawak telah melabuhkan tirai menerusi Majlis Penutupan yang berlangsung pada 22 Ogos 2026 bertempat di Dewan Serbaguna IKBN Miri.
Program ini melibatkan peserta yang mengikuti sebanyak 18 sesi sepanjang tempoh pelaksanaan program. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang Biggest Loser Kementerian Belia dan Sukan 2026 Peringkat Negeri Sarawak atas pencapaian yang membanggakan hasil usaha, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.
Senarai Pemenang :
Kategori lelaki
I. Johan: Jackie anak Richard
II. Naib Johan: Awang Zulkarnen bin Awang Abdul Rahman
III. Tempat Ketiga: Rawing Anak Badi
Kategori wanita
I. Johan: Fam Ngij King
II. Naib Johan: Hue Lay Ching
III. Tempat Ketiga: Lim Hwa
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang 18 sesi program. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif secara berterusan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
