MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PERAYAAN ISLAM PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN BIL. 3/2026 - PERSIAPAN AKHIR MAJLIS PERARAKAN DAN PERHIMPUNAN BERSEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BAHAGIAN SRI AMAN

Disediakan oleh: ABG, JBSN Sarawak

SRI AMAN, 19 Ogos 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Peringkat Bahagian Sri Aman Bil. 3/2026 - Persiapan Akhir Majlis Perarakan Dan Perhimpunan bersempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sri Aman telah berlangsung hari ini di Bilik Mesyuarat, Wisma SADA.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Shariff bin Bujang, Pegawai Daerah Sri Aman dan dihadiri oleh pelbagai Jabatan, Agensi dan Komuniti terlibat di Bahagian Sri Aman. Ustaz Kamarulzaman bin Kawi, Pegawai Tadbir Agama Islam Bahagian Sri membentangkan laporan maklumbalas tindakan serta status gerak kerja bagi persiapan program tersebut yang akan dilaksanakan pada 26 Ogos 2026 dimulai dengan perarakan di Waterfront Sri Aman dan Majlis Perhimpunan diadakan di Masjid Bandar Sri Aman.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dan menyeru kepada seluruh para belia untuk turut sama menyokong pelaksanaan program ini bagi menyemarakkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sri Aman.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2026, 12:00:19

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search