- JBS Sarawak
- Hits: 27
MPBN Platform Belia Miri Kemuka Idea, Usul Perkukuh Pembangunan Belia
- JBS Sarawak
- Hits: 27
Disediakan oleh: Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 10 OGOS 2026 - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Miri 2026 yang dipengerusikan oleh Puan Melissa anak Labut mewakili Residen Bahagian Miri telah dilaksanakan dengan jayanya pada 8 Ogos 2026 di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Miri oleh Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Kelab Belia Bestari Bandar Miri.
Seramai 58 orang ahli majlis, panel sosial, pakar rujuk dan pemerhati dari pelbagai agensi, NGO belia serta Majlis Perwakilan Pelajar IPT di sekitar Miri yang hadir untuk bersidang. Puan Sharon Livan Ujang dari Kementerian Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) telah membentang kertas kerja "Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) : Tiket Masa Depan Untuk Belia Sarawak" dan Encik Mazlan Bin Jikran, Pegawai AADK Daerah Miri telah membentang kertas kerja "Peningkatan Penggunaan Dadah Sintetik Dan Bahan Di Kalangan Belia Membimbangkan".
MPBN 2026 Bahagian Miri kali ini membahaskan lima isu dan usul berkaitan sosial belia di Bahagian Miri yang merangkumi pendidikan, program belia dan infrastruktur di luar bandar, serta kesihatan mental. Sesi tersebut diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Pengerusi dengan menegaskan bahawa cadangan yang relevan akan dibawa ke peringkat negeri dan berharap agar seluruh pemimpin belia hadir untuk terus menjadi suara belia yang membina demi kemajuan Bahagian Miri dan kesejahteraan masyarakat kita khususnya belia setempat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
