- JBS Sarawak
- Hits: 25
PERGI MEMBAWA KENANGAN, TINGGAL MENINGGALKAN JASA
- JBS Sarawak
- Hits: 25
Disediakan Oleh: UR, PBSB KAPIT
KAPIT, 2 September 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit hari ini merakamkan kenangan pada hari terakhir perkhidmatan Puan Olivia Anak Kaminis di pejabat berkenaan sebelum beliau berpindah dan meneruskan khidmat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu mulai 7 September 2026.
Sepanjang tempoh bertugas di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit, Puan Olivia telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik dalam melaksanakan tugasan serta membantu menjayakan pelbagai urusan dan program berkaitan pembangunan belia dan sukan di bahagian ini.
Perpindahan ini merupakan satu langkah baharu dalam perjalanan kerjaya Puan Olivia. Walaupun bakal meninggalkan Kapit, segala kenangan, pengalaman dan hubungan baik yang terjalin bersama warga pejabat pastinya akan terus dikenang.
Seluruh warga Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Olivia Anak Kaminis atas segala sumbangan dan komitmen yang telah diberikan.
Selamat maju jaya di tempat bertugas yang baharu di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu. Semoga terus cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
