- JBS Sarawak
- Hits: 44
Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kem Belia Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 01 SEPTEMBER 2026: Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kem Belia Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 2026 telah diadakan pada 26 Ogos 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 3, Fasa 2, Wisma Persekutuan Bintulu pada Rabu lalu.
Mesyuarat tersebut melibatkan penyertaan pelbagai agensi dan organisasi berkaitan, antaranya Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, Klinik Kesihatan Bintulu, MYSED Bintulu, RELA Bahagian Bintulu, Kelab Belia serta Sekretariat Rakan Muda UPM Sarawak.
Mesyuarat diadakan bagi menyelaras persiapan dan pelaksanaan Kem Belia Peringkat Bahagian Bintulu yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 13 September 2026.Antara perkara yang dibincangkan termasuk penyelarasan penglibatan agensi, peranan dan tanggungjawab setiap pihak, pengisian program, aspek keselamatan serta persiapan logistik bagi memastikan pelaksanaan kem berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Kerjasama erat antara agensi kerajaan, pertubuhan belia dan pihak berkepentingan dilihat amat penting dalam memastikan program yang dirancang dapat memberikan manfaat kepada golongan belia, khususnya dalam membentuk generasi muda yang aktif, berdisiplin, berdaya saing dan mempunyai nilai kepimpinan.
Mesyuarat turut menjadi platform bagi memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi dalam usaha memastikan Kem Belia Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 2026 dapat dilaksanakan dengan teratur, selamat dan berkesan.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
