MESYUARAT PENYELARASAN DALAMAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA 2026 (HSN2026) PERINGKAT NEGERI SARAWAK

MESYUARAT PENYELARASAN DALAMAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA 2026 (HSN2026) PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak 

BETONG, 2 September 2026– Satu Mesyuarat Penyelarasan Dalaman Program Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan secara dalam talian bagi memastikan persiapan dan pelaksanaan program dapat diselaraskan dengan teratur serta berjalan lancar.

Mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada beberapa perkara utama termasuk penetapan tempat aktiviti, penyediaan layout, perancangan program teras, aktiviti sampingan serta atur cara program. Pembentangan berkaitan perancangan program telah disampaikan oleh Cik Nurulzamzam binti  Hj. Shafie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong yang merangkumi perkara-perkara berkaitan persediaan serta pelaksanaan program.

Dalam sesi perbincangan, penambahbaikan dan cadangan turut diberikan oleh Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Pegawai Belia dan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan. Pandangan dan cadangan yang dikemukakan adalah penting bagi memperkemas perancangan program khususnya dari aspek teknikal, pengurusan aktiviti, keselamatan dan penyelarasan keseluruhan.

Mesyuarat ini menjadi platform bagi semua pihak untuk bertukar pandangan serta mengenal pasti perkara yang perlu ditambah baik sebelum pelaksanaan program. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Encik Dennis anak Dempi dan Encik Rawing anak Uking, Cawangan Pengalakkan dan Pembangunan Sukan serta Cik Azira binti A.Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan. 

 

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNKomited

#MalaysiaMadani

#jbssarawak

#hsn2026

#MalaysiaAktif

#pbsbetong 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search