- JBS Sarawak
- Hits: 37
7 ORANG ANAK MUDA DARI SARIKEI CIPTA PENGALAMAN BAHARU DI KEM RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 37
Disediakan oleh: ZLP, JBSN Sarawak
SARIKEI, 28 Ogos 2026 – Membina keyakinan, mencipta pengalaman dan memperluas jaringan persahabatan menjadi antara misi 7 orang peserta dari Bahagian Sarikei yang menyertai Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026.
Penyertaan peserta dari Sarikei dalam program yang berlangsung pada 28 hingga 31 Ogos 2026 di Kem Belia Kemuyang, Sibu ini merupakan satu platform penting dalam memperkasa potensi belia melalui penglibatan dalam pelbagai aktiviti pembangunan sahsiah, kepimpinan dan kerja berpasukan.
Sepanjang kem, para peserta berpeluang mengikuti aktiviti yang dirangka bagi meningkatkan keyakinan diri, disiplin, semangat kerjasama serta kemahiran komunikasi. Pengalaman yang diperoleh turut memberi ruang kepada peserta untuk mengenali rakan-rakan belia dari bahagian lain di Sarawak.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei sentiasa menggalakkan penglibatan belia dalam program pembangunan seperti ini sebagai usaha melahirkan generasi muda yang aktif, berdaya saing, berketerampilan dan mampu memainkan peranan positif dalam komuniti.
Diharapkan penyertaan tujuh peserta ini menjadi langkah awal kepada penglibatan yang lebih aktif dalam pelbagai program belia pada masa akan datang serta membawa pulang pengalaman dan inspirasi untuk dikongsikan bersama komuniti di Sarikei.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
