- JBS Sarawak
- Hits: 33
PEMERIKSAAN PELUPUSAN ASET ALIH PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SRI AMAN
- JBS Sarawak
- Hits: 33
Disediakan oleh: JJ, JBSN Sarawak
SRI AMAN, 1 September 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman telah menerima lawatan pemeriksaan daripada pihak Hospital Sri Aman 2 bagi tujuan pemeriksaan aset alih yang disenaraikan untuk dilupuskan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.
Pemeriksaan pelupusan ini terdiri daripada pegawai dari Hospital Sri Aman 2 iaitu Encik Fadhil Afham bin Muhamad (Pegawai Unit ICT), Puan Mary Anak Stephen (Pegawai Aset) dan Puan Nur Farhana binti Junaidi (PTPO Aset).
Pemeriksaan pelupusan ini adalah salah satu proses bagi mengesahkan status fizikal dan kewajaran aset tersebut samada rosak, tidak ekonomi untuk dibaiki, using dan tidak diperlukan lagi oleh Pejabat.
Pejabat ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Hospital Sri Aman 2 atas Kerjasama dan bantuan bagi melancarkan proses pelupusan aset alih ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbSriAman
