- JBS Sarawak
- Hits: 30
KLAS PICKLEBALL PERINGKAT NEGERI SARAWAK MERIAHKAN AKTIVITI SUKAN DI LIMBANG
- JBS Sarawak
- Hits: 30
Disediakan oleh: AAC, JBSN Sarawak
LIMBANG, 15 September 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) telah menganjurkan Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Pickleball Peringkat Negeri Sarawak (Bahagian Limbang) bertempat di Dewan Methodist, Limbang. Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada Limbang Pickleball Association (LPA) dan Sport Gallery dalam memastikan pelaksanaan kursus berjalan lancar serta memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para peserta.
KLAS Pickleball ini bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan asas kepada peserta berkaitan sukan pickleball, merangkumi pengenalan kepada permainan, teknik asas, peraturan permainan serta penggunaan peralatan yang betul.
Selain sesi teori dan pembelajaran asas, peserta turut berpeluang mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh melalui sesi permainan dan perlawanan antara peserta. Aktiviti tersebut memberikan pengalaman secara praktikal serta membantu peserta memahami situasi sebenar permainan dalam suasana yang lebih santai dan kompetitif.
Penganjuran KLAS ini juga dilihat sebagai satu usaha PBSB Limbang dalam memperluaskan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan serta memperkenalkan pickleball sebagai salah satu pilihan aktiviti rekreasi yang menyeronokkan dan inklusif.
Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan lebih ramai individu yang mempunyai pengetahuan asas dan minat terhadap sukan pickleball, sekali gus menyumbang kepada pengukuhan budaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan komuniti di Bahagian Limbang.
Semoga kerjasama strategik antara PBSB Limbang, LPA dan pihak berkaitan dapat terus diperkukuhkan dalam usaha memperkasa pembangunan sukan di peringkat akar umbi.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsblimbangTop of Form
