- JBS Sarawak
- Hits: 43
PBSB SARIKEI HADIR PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 43
Disediakan oleh: M Johari, JBSN Sarawak
KUCHING, 15 September 2026: Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Sarikei telah menghadiri Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sarawak Sidang II, Penggal ke-35, Sesi 2025–2026 yang berlangsung di Galeri Pustaka Negeri Sarawak, Kuching.
PBSB Sarikei diwakili oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, Encik Mohd Johari Abdullah, bersama Sdr. Chairul Azlan Johari, wakil Kelab Belia Perdana Sarikei.
Persidangan ini menjadi platform penting bagi golongan belia untuk menyuarakan pendapat, pandangan dan cadangan berkaitan pembangunan belia, di samping memperkukuh peranan serta penglibatan belia dalam proses perundingan di peringkat negeri.
Ucaptama dan perasmian persidangan telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Pengerusi MPBN Peringkat Negeri Sarawak.
Turut hadir ialah YBrs. Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
