- JBS Sarawak
- Hits: 30
SESI PERBINCANGAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT 2026 BERSAMA SMK SONG 2
- JBS Sarawak
- Hits: 30
Disediakan Oleh : MCG,PBSBKPT
SONG, 17 SEPTEMBER 2026 – Satu sesi perbincangan berkaitan penganjuran Program Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Bahagian Kapit 2026 telah diadakan bersama pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song 2. Sesi perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada aspek kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit dengan pihak sekolah dalam menjayakan penganjuran HSN, termasuk perancangan serta pelaksanaan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi yang bersesuaian untuk penglibatan komuniti setempat.
Perbincangan turut menyentuh cadangan aktiviti HSN, penglibatan warga sekolah, komuniti serta kelab-kelab sukan dan rekreasi dalam memastikan program dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Sesi tersebut dihadiri oleh Encik Pulit Anak Lai, Pengetua SMK Song 2, Encik Melvin Chambai Anak Gurang serta wakil daripada Kelab Sukan Rekreasi Gagasan Pekan Song. Kerjasama strategik antara agensi kerajaan, institusi pendidikan dan pertubuhan belia serta sukan ini diharap dapat memperkukuhkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan, di samping menyemarakkan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Kapit 2026.
#HSN2026
#Malaysiamadani
#JBSN
#Pbsbkapit
