- JBS Sarawak
- Hits: 18
PROGRAM PENGURUSAN ORGANISASI PERINGKAT BAHAGIAN MIRI 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan Oleh : Steph. W.S., JBSN Sarawak
MIRI, 21 SEPTEMBER 2026 - Seramai 30 orang pelapis pemimpin yang berumur 18 hingga 30 tahun di Bahagian Miri telah menamatkan Program Kepimpinan Organisasi (PPO) dengan jayanya, semalam. Program tersebut telah dilaksanakan pada 18 hingga 20 September 2026 di Kelab Rekreasi Petroliam, Lutong anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Miri
Program ni bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan belia dalam pengurusan organisasi melalui latihan, perkongsian ilmu serta pengalaman praktikal. Peserta terdiri daripada pemimpin muda, ahli persatuan belia, aktivis belia serta belia yang aktif dalam aktiviti pembangunan masyarakat.
Sepanjang program, peserta telah diberikan pendedahan berkaitan pengurusan organisasi, kepimpinan, kemahiran komunikasi, pengurusan sumber manusia, kewangan, perancangan aktiviti dan pengendalian program. Pelbagai aktiviti secara interaktif dan berkumpulan turut dilaksanakan bagi menggalakkan peserta berkongsi idea, pengalaman serta pengetahuan dalam mengurus dan melaksanakan program bersama masyarakat. Penganjuran program ini bukan sahaja memberi peluang kepada para peserta untuk mendalami ilmu pengurusan, malah menjadi platform penting untuk memperkukuh jaringan kerjasama (networking) di antara pemimpin-pemimpin belia di peringkat bahagian.
Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri. Melalui penganjuran program ini, modal insan dalam kalangan generasi muda di Miri dapat terus dibentuk ke arah melahirkan barisan pemimpin belia yang berdaya saing, berintegriti, dan bersedia mendepani cabaran organisasi era moden.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
