Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 30 September 2026 – Seramai 1,400 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat memeriahkan Program Sarawak AeroBig Day Miri 2026 yang berlangsung pada 27 September 2026 bertempat di Miri City Hall.
Program ini dianjurkan oleh Bantu Sarawak dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) selaku penganjur bersama. Turut hadir Encik Jeffery Ngui, Pengasas Bantu Sarawak, Projek Noah’s Ark serta inisiatif Sarawak AeroBig Day, bersama Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri, yang mewakili pihak JBSN.
Kejayaan penganjuran program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada penglibatan masyarakat secara lebih aktif dalam aktiviti kecergasan dan riadah. Pada masa yang sama, program seumpama ini dapat membuka ruang kepada masyarakat untuk membina jaringan sosial, mengamalkan gaya hidup lebih aktif serta menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada rutin kehidupan seharian.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
- JBS Sarawak
- Hits: 27
