MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)

Disediakan oleh : NZS, PBSB Betong 

BETONG, 29 SEPTEMBER 2026 - Unit Audit Dalam (UAD), Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bil.3/2026 secara hibrid pada 28 September 2026. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Belia dan Sukan.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan laporan pengauditan Unit Audit Dalaman (UAD) di samping pembentangan pelaksanaan penambahbaikan dan Pencapaian Kerja Pengauditan.

Pengerusi mesyuarat telah mengingatkan semua ahli mesyuarat yang hadir agar sentiasa meningkatkan pengetahuan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, sifar kesilapan dalam pengurusan kewangan serta mematuhi prosedur yang telah ditetapkan. Selain itu, beliau turut menegaskan kepentingan untuk menyelesaikan setiap teguran pihak audit bagi mengelakkan isu berulang.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah YBrs. Encik Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Cik Nurulzamzam bt Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong.

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNKomited

#MalaysiaMadani

#jbssarawak

#pbsbetong

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2026, 21:41:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search