- JBS Sarawak
- Hits: 38
Jelajah Kita Dengar: Sesi Libat Urus Belanjawan Belia MADANI 2027 Sarawak
- JBS Sarawak
- Hits: 38
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KUCHING, 28 September 2026 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited memastikan keluh kesah dan cadangan akar umbi didengari menerusi penganjuran Jelajah Kita Dengar: Sesi Libat Urus Belanjawan Belia MADANI 2027 Peringkat Zon Sarawak, semalam. Program berskala besar yang menghimpunkan pelbagai pemegang taruh pembangunan belia dan sukan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak ini telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Bimol.
Sesi libat urus ini berfungsi sebagai platform strategik yang membuka ruang secara terus kepada para belia untuk menyuarakan pandangan, keperluan, dan cadangan mereka. Segala input yang dikumpulkan akan diangkat ke peringkat kementerian sebagai asas penting dalam merangka inisiatif pembangunan belia dan sukan, menjelang pembentangan Belanjawan 2027 pada Oktober hadapan.
Turut hadir dalam sesi libat urus ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, Encik Abdullah Hasan, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Puan Azura Abidin, dan Pengarah JBSN Sarawak, Encik Lamat Nyalau.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
