- JBS Sarawak
- Hits: 25
HORNBILL VELOCITY JUARA AEROBIC DANCE PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 25
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 27 September 2026 – Pertandingan Sukan Aerobic Dance Peringkat Negeri Sarawak 2026 telah berlangsung dengan meriah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan penyertaan lima pasukan yang menampilkan persembahan bertenaga, kreatif dan penuh semangat kesukanan.
Pertandingan ini menjadi medan mencungkil bakat baharu dalam sukan aerobic dance, di samping memberi peluang kepada peserta menampilkan kemahiran, koordinasi, kecergasan dan kreativiti dalam persembahan berkumpulan.
Pasukan Hornbill Velocity dari SMK Hajah Laila Taib muncul sebagai Johan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000. Kejayaan tersebut turut melayakkan mereka mewakili Sarawak ke Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 21 November 2026 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Naib Johan dimenangi oleh Rhythm United yang menerima RM800, manakala tempat ketiga menjadi milik Diandra Dance Crew dari SMK Bandar Samariang dengan hadiah RM600.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Program ini turut memperkukuh usaha membudayakan gaya hidup aktif serta meningkatkan minat golongan muda terhadap aktiviti kecergasan berasaskan muzik secara sihat. Semangat kesukanan dan kerjasama peserta turut menyerlah sepanjang pertandingan berlangsung.
#JBSNBersama
#TeamJBSN
#HSN2026
#KBSMalaysia
#MalaysiaAktif
