- JBS Sarawak
- Hits: 19
PBSB SARIKEI SERTAI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JBSN SECARA DALAM TALIAN
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 29 September 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei (PBSB Sarikei) telah mengikuti Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Sesi 5 Minit Integriti bagi bulan September 2026 secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet, pada hari ini.
Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) melalui Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan tersebut berlangsung pada jam 2.00 petang dan turut disertai oleh warga JBSN dari seluruh negara.
Antara pengisian utama ialah Slot Integriti: Sesi 5 Minit Integriti, pertukaran staf, anugerah pekerja terbaik bulanan dan Ucapan amanat yang disampaikan oleh YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah JBSN, dengan penekanan terhadap penghayatan nilai integriti, amanah dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.
Penyertaan PBSB Sarikei secara dalam talian ini mencerminkan komitmen warga kerja dalam mengikuti program dan agenda jabatan, di samping memperkukuh budaya kerja yang berintegriti, profesional dan berakauntabiliti.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
