- JBS Sarawak
- Hits: 37
Lawatan Kemajuan Projek Cili Fertigasi Program Agrobelia Lestari
- JBS Sarawak
- Hits: 37
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
SAMARAHAN, 28 September 2026 – Cawangan Pembangunan Ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Sarawak telah mengadakan sesi lawatan turun padang ke tapak projek penanaman cili fertigasi kelolaan Kelab Belia Sejati Sadong di Kampung Sadong Jaya, Samarahan pada 23 September lalu. Projek pertanian moden ini direalisasikan melalui geran bantuan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah pelaksanaan Program Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir Peringkat Negeri Sarawak bagi tahun 2026.
Sesi lawatan pemantauan ini telah diketuai oleh Pegawai Cawangan Pembangunan Ekonomi JBSN Sarawak, Encik Hazizul Salbi. Turut hadir menyertai rombongan tersebut ialah Penolong Pegawai Pertanian dari Pusat Penyelidikan Pertanian Semenggok, Encik Abu Hamzah Jamil. Kehadiran wakil agensi teknikal pertanian bersama pihak JBSN Sarawak adalah bertujuan untuk meninjau status kemajuan fizikal di lapangan, di samping memberikan khidmat nasihat dan bimbingan teknikal secara terus kepada ahli kelab.
Langkah ini amat penting bagi memastikan peratusan hasil tuaian berada pada tahap optimum dan mematuhi piawaian agromakanan. Sokongan berterusan daripada pihak kerajaan ini diharap dapat memastikan kelestarian projek, seterusnya menjana sumber pendapatan yang mampan serta memperkasa kemahiran keusahawanan tani dalam kalangan belia setempat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
