- JBS Sarawak
- Hits: 20
PBSB Mukah Selesai Pelupusan Aset Alih Kerajaan
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 29 SEPTEMBER 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Mukah telah melaksanakan pelupusan aset alih kerajaan secara teratur bagi memastikan pengurusan harta awam sentiasa cekap dan mematuhi tatacara kewangan yang ditetapkan. Proses pelupusan tersebut diketuai Pegawai Aset PBSB Mukah, Encik Mohammad Arbi Rosli, dan dijalankan menerusi dua kaedah utama mengikut jenis barangan.
Pada 25 September 2026 (Secara E-Waste) iaitu sebanyak tiga buah komputer yang tidak lagi berfungsi telah dihantar dan dilupuskan secara sisa elektronik (e-waste) melalui syarikat berdaftar, Tung Seng Enterprise Sdn. Bhd. yang beroperasi di Sibu. Manakala pada 29 September 2026 (Secara Musnah) pula sebanyak dua buah kerusi pejabat yang rosak telah dibawa dan dilupuskan secara kemusnahan fizikal di Tapak Pelupusan Sampah Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM).
Langkah pelupusan secara berperingkat ini penting bukan sahaja untuk mengemas kini rekod inventori pejabat, malah memastikan pembuangan barangan elektronik dilakukan secara mesra alam serta mengikut saluran yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Usaha ini mencerminkan komitmen PBSB Mukah dalam menaik taraf tadbir urus aset kerajaan agar sentiasa sistematik, telus, dan bertanggungjawab.
